Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Seorang daripada lima rakan yang menaiki bot laju bersama mendiang pelakon Nida “Tangmo” Patcharaveerapong telah mengaku menyebabkan bot itu terbabas sehingga menyebabkan Nida terhumban ke laut, lapor Bangkok post.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Wilayah 1, Mejar Jeneral Udorn Yomcharoen berkata rakan lelaki Nida itu telah memberitahu penyiasat bahawa dia kurang mahir tentang memandu bot dan ingin mencubanya pada malam 24 Februari lalu.
Malam itu, dia dan lima orang termasuk Nida menaiki bot laju tersebut di Sungai Chao Phraya.
Difahamkan, ketika lelaki itu memandu bot tersebut, Nida telah terjatuh ke dalam sungai secara tiba-tiba ketika dia ingin bangun dari bahagian kiri belakang kapal.
Rakan-rakan Nida yang lain juga mengakui bahawa mereka sedang minum di atas bot itu pada 24 Februari.
Pegawai itu berkata, polis perlu menunggu kira-kira seminggu dari sekarang untuk mendapatkan pemeriksaan forensik bagi menentukan punca luka yang terdapat pada paha kiri Nida.
“Hasilnya mungkin akan membawa kepada pertuduhan lain,” ujarnya.

Terdahulu, pihak polis berkata terdapat percanggahan dalam kenyataan kelima-lima saksi tersebut ketika disoal siasat sehingga merumitkan keadaan. Mereka dipercayai telah ditemu bual secara berasingan dan pihak polis mendapati cerita mereka adalah berbeza.
Mayat aktres berusia 37 tahun itu ditemui pada 26 Februari lalu, hampir dua hari selepas dia terjatuh ke dalam Sungai Chao Phraya ketika menaiki bot laju bersama lima yang lain.
Menurut Bangkok Post, sekurang-kurangnya 29 saksi kini telah disoal siasat dalam siasatan kematian aktres itu.
Pesuruhjaya Polis Wilayah 1, Leftenan Jeneral Jirapat Phumijit berkata pada Ahad bahawa pihak polis masih mengumpul bukti dan siasatan akan mengambil sedikit masa.
Katanya lagi, polis juga mencari objek yang didakwa dilemparkan saksi ke dalam sungai selepas Nida terjatuh dari bot laju tersebut.
Dalam pada itu, upacara peringatan untuk aktres itu akan diadakan di Liberty Church Bangkok di daerah Saphan Sung dari 11 Mac hingga 13 Mac.
Sumber: Bangkok Post