Berita›Hiburan
(Video) Tular Video Lelaki Ajar Cara Mandikan Bayi, ‘Si Oyen’ Pula Jadi Model
Satu video berkenaan seekor kucing yang menjadi ‘sukarelawan’ untuk demonstrasi cara memandikan bayi telah menjadi tular di media sosial. Video tersebut memaparkan ‘si oyen’ yang tampak bersahaja dan tenang semasa lelaki tersebut menjelaskan cara-cara memandikan bayi dengan betul. Video mencuit hati yang berdurasi selama 2 minit dan 16 saat itu telah menjadi tular di media […]
Penganjuran Anugerah Hiburan Dibenarkan, Bukan Dalam Senarai Aktiviti Larangan – Ismail Sabri
PUTRAJAYA, 12 Nov – Penganjuran anugerah hiburan dibenarkan kerana bukan berada dalam senarai negatif (aktiviti larangan). Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, acara tersebut adalah di bawah industri kreatif dan termasuk dalam prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang lepas. “Sebab itulah tiada rayuan dibuat oleh penganjur hiburan […]
Viral Di Tiktok, Wanita Ini Mengaku Miliki Mulut Terbesar Di Dunia
Setiap orang mempunyai saiz mulut yang berbeza-beza, begitu juga dengan pemilik akaun tiktok yang bernama Samantha Ramsdell (30). Dia akui memiliki mulut terbesar di dunia menjadi suatu isu yang sensasi diperkatakan menerusi perkongsiannya di akaun Tik Tok miliknya. Disebabkan perkongsian tersebut, Samantha Ramsdell berjaya menarik perhatian hingga memperolehi sebanyak 750 000 pengikut. Dia mendakwa bahawa […]

Harga PS5 Untuk Malaysia RM 1,869 & RM 2,299, Pra-tempahan Boleh Dibuat Mulai Esok
Sony Interactive Entertainment (SIE) hari ini mengumumkan PlayStation 5 (PS5) yang dinanti-nantikan penggemar permainan video, secara rasmi akan dilancarkan di Malaysia pada 11 Disember depan. Menerusi kenyataan yang dimuat naik, PS5 akan tersedia pada harga RM1,869 bagi ‘edisi digital’ dan RM2,299 bagi Ultra HD Blu-Ray. Pra tempahan bagi PS5 boleh dilakukan bermula esok di semua […]
(Video) Menyentuh Hati, Monyet Keletihan ‘Tumpang’ Pendayung Nelayan Setelah Hampir Lemas Di Tengah Sungai
Sekumpulan nelayan yang terserempak dengan seekor monyet yang sedang berada dalam keletihan kerana berenang di sungai berjaya diselamatkan dengan menggunakan dayung bot mereka. Detik-detik penyelamatan tersebut berjaya dirakamkan dari bot nelayan berkenaan di sebuah sungai yang terletak di Tres Vendas, Rio Grande do Sul, Brazil. Dalam video itu, lelaki tersebut telah terserempak dengan seekor monyet […]
(Video) Bergaduh Ke Menari Ni ? Aksi Dua Ekor Marmot Seakan ‘Bergaduh’ Tarik Perhatian
Satu rakaman berkenaan telatah dua ekor marmot yang dilaporkan diambil di Gansu, China tular di media sosial Twitter. Rakaman tersebut memaparkan telatah dua ekor marmot yang seakan sedang bergaduh sesama sendiri. Marmot merupakan haiwan daripada spesies tupai tanah dengan nama saintifiknya Marmota. Daripada sisi lain juga, turut boleh dikatakan bahawa dua ekor marmot tersebut sedang […]
(Video) Puluhan Bot Datang Serbu Saat Agih Bantuan, Netizen Tersentuh Dengan Misi Kemanusiaan Ardell Di Sabah
Kaum Bajau Laut di perairan Sabah kini sedang ‘menikmati’ detik-detik sukar kerana perlu berhadapan dengan dua situasi yang mencengkam hidup. Selain tinggal di penempatan yang jauh dari daratan, di sebalik pandemik COVID-19 ini mereka juga sering terputus sumber makanan. Maka dengan itu, pelbagai agensi daripada kerajaan mahupun badan bukan kerajaan (NGO) tampil menghulur bantuan atas […]
Sony Dilapor Intai Henry Golding Untuk Bawa Watak Saitama Dalam Filem “Live Action” One Punch Man
Sony Picture dilapor sedang mengintai pelakon, Henry Golding untuk membawa watak terkuat di dunia, Saitama dalam siri anime, One Punch Man yang bakal difilemkan nanti. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, siri anime One Punch Man bukan sahaja menjadi kegilaan di Jepun, malah menjadi fenomena di serata dunia. One Punch Man mengisahkan Saitama, seorang Hero yang […]

Pasangan Pungut Sampah Yang Dibuang Oleh Jiran, Tak Sangka Rupanya Jumpa Koleksi “Rare” Star Wars Bernilai Lebih RM 2 Juta
LONDON- Penemuan koleksi mainan Star Wars yang dianggarkan bernilai $525 000 (RM2.1 juta) di dalam plastik sampah disambut gembira oleh pasangan dari UK. Menurut The Times, barang tersebut dikumpul selama sedekad dan ditinggalkan oleh jiran mereka. Pasangan dari Stourbridge di tengah England tidak mengetahui tindakan yang perlu dilakukan terhadap barang tersebut seperti koleksi patung dan […]
Lelaki Ubah Suai Siling Kedai Supaya Kucing Peliharaan Dapat Lihat Tuannya Bekerja
Disebalik kebanyakan kedai menggunakan peranti kamera keselamatan, berlainan pula bagi sebuah kedai terletak di Taiwan ini yang menggunakan beberapa ekor kucing yang memerhati. Seorang lelaki yang juga pemilik kedai telah mengubah suai siling kedainya menjadi cermin supaya kucing peliharaan dapat memerhatikan gerak gerinya daripada atas bumbung. Pengguna Twitter SCMcrocodile telah berkongsikan beberapa foto yang memaparkan […]
(Video) Aksi Main Muzik Dengan Kucing Jadi ‘Meme’ Kelakar, Kisah Hidup Bilal Gorogen Yang Ramai Tak Tahu
Penggunaan ‘meme’ di ruangan komen di Facebook sudah menjadi trending pada hari ini. Pasti ada sahaja gambar, gif, video mahupun ayat yang mencuit hati netizen hingga ada yang sampai minta ‘PM’ video-video kelakar tu. Tapi kan, korang perasan tak ada satu video meme lelaki main alat gendang kat atas kerusi, di sebelahnya ada kepala kucing […]
“Allah Bagi Nikmat Jadi Ibu, Lepas Tu Dia Ambil Balik”, Siti Elizad Keguguran
Walaupun kita telah berusaha, namun takdir Tuhan itu lebih berupaya mengatasi segala-galanya. Berbagai-bagai kisah manusia diuji yang selalu kita dengar, salah satu ujian berat yang amat menduga hati seorang wanita, isteri dan bakal ibu ialah hamil. Mungkin anda sedia maklum tentang pelakon dan penyampai radio terkenal, Siti Elizad Sharifuddin yang baru sahaja menjalani rawatan kesuburan […]

(Video) “Awat Tak Celuih,” Yuna ‘Ajar’ Cakap Loghat ‘Peghelih’ Bikin Warganet Terhibur
Seakan menjadi trend sekarang di mana bercakap dalam loghat utara sehinggakan mendapat tumpuan penyanyi terkenal Yuna. Memiliki suara yang merdu sehinggakan membawa namanya ke peringkat antarabangsa. Yuna atau Yunalis binti Mat Zara’ai ini sebenarnya pandai bercakap dalam loghat utara kerana beliau dilahirkan di Alor setar dan kini menetap di luar negara. Video yang berdurasi kurang […]

Ibu Ini Kongsi Cerita Seram, Kereta Mainan Anak Yang Dah Rosak Tiba-Tiba ‘Berlagu’ Jam 4 Pagi
Pernah tak korang tetiba rasa serma sejuk? Tambah-tambah lagi bila baru pindah rumah. Yelah, kita tak tahu berapa lama rumah tu ditinggalkan sebelum kita masuk, mesti ‘ada’ yang cuba mengusik kan. Seperti pengalaman misteri seorang ibu yang dikenali sebagai Farhanny Ami Murad bercerita di dalam Group Anak Sepah Apa Hari Ini berkaitan kereta mainan anaknya […]

“Bacaan Gula Saya 13 Masa Puasa,” Sedar Ada Simptom Kencing Manis, Lelaki Ini Tekad Kuruskan Badan Hilang 26kg
Bukan senang untuk seseorang cekal dan tabah dalam fasa penurunan berat badan. Sesetengah orang, tak sampai ke garisan penamat dah kecundang. Tetapi lelaki ini berjaya tunjukkan bahawa dirinya boleh menurunkan berat badan dan menjalani kehidupan yang sihat setiap hari. Ya, kalau dia boleh, takkan kita tak boleh kan? Lelaki ini mengalami masalah kesihatan fasa pertama […]

“Buas Sangat,” Kepala Kucing Tersekat Di Pintu Rumah Berlubang, Mujur Abam Bomba Datang Selamatkan
Bukan manusia je yang minta pertolongan ‘abam’ Bomba, haiwan peliharan seperti kucing pun perlukan khidmat daripada mereka. Besar jasa mereka dengan penduduk bumi yang ‘nakal’ ni. Mana taknya, kalau dah pandai cari ‘penyakit’ tapi tak tahu cara nak selesaikan. Jawabnya kena panggil Bomba lah kan? Nasiblah Khidmat khas dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam […]
Penyelidik Dapati Kucing Sebenarnya Tahu Nama Mereka, Namun Mengabaikannya Bila Dipanggil
Kucing boleh mengenali nama mereka sendiri tetapi memilih untuk tidak mendengari pemiliknya, kata penyelidik. Kajian oleh Universiti Sophia di Jepun menunjukkan kucing bertindak balas dengan menggerakkan kepala atau memekakkan telinga ketika nama mereka dipanggil tiga kali dengan panjang yang sama. Namun tidak ada reaksi yang terlihat setelah kata-kata lain diungkapkan. “Terdapat begitu banyak kajian mengenai […]
Kucing Tak Balik Selama Tiga Hari, Pulang Semula Dengan Nota ‘Hutang’
Kucing sememangnya haiwan peliharaan yang mempunyai pelbagai karenah yang juga boleh menghiburkan hati manusia. Pun begitu, ada juga gelagatnya yang akan membuatkan tuannya menjadi susah. Seperti yang berlaku di Thailand, seekor kucing berwarna kelabu hitam yang hilang telah kembali kepada pemiliknya tiga hari kemudian dengan satu kejutan tentang satu catatan semasa hilang. Kemunculan kucing peliharaan […]
Kononnya Boleh Kabulkan Permintaan, Seorang Doktor Kerugian, Ditipu Beli ‘Lampu Ajaib’
Dua orang India dari negara bahagian Uttar Pradesh, India ditangkap minggu ini kerana didakwa menipu seorang doktor tempatan untuk membayar $335,000 dolar kepada mereka hanya kerana tertarik dengan lampu ajaib yang didakwa ‘mampu mengabulkan segala permintaannya.’ Doktor dari daerah Khairnagar, di kota Meerut itu pertama kali bertemu dengan dua orang tersebut pada tahun 2018, ketika […]
(Video) Padah ‘Ceroboh’ Rumah Orang, Si Oyen Cuak, Panjat Besi Tingkap Lepas Kena ‘Halau’ Dengan Anjing
Kucing dan anjing adalah salah satu haiwan peliharaan yang boleh dikatakan popular di dunia. “Seperti anjing dengan kucing” peribahasa ini sudah cukup untuk menjelaskan satu rakaman video milik @ellyonatehilla, apabila seekor kucing berwarna oren memanjat tingkap kerana dikejar oleh anjing akibat menceroboh masuk rumah tersebut. Video TikTok itu memaparkan, seekor anjing yang menyedari kehadiran “penceroboh” […]