Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ketua Gerakan Reset Malaysia, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengumumkan penubuhan parti politik baharu yang diberi nama Wawasan Negara.
Beliau memaklumkan mengenai parti itu ketika Konvensyen RESET di Tanah Merah, Kelantan pada Sabtu.
Menerusi siaran langsung yang dikongsikan di Facebook miliknya, Hamzah berkata parti itu akan membentuk kesafahaman dan kerjasama politik yang lebih komprehensif dan meyakinkan.
"Ramai tertanya-tanya mana parti gerakan RESET. Saya nak maklumkan kita akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan yang pertama pada minggu hadapan.
"Parti yang saya nak umumkan ini, namanya diberikan oleh ayahanda saya (Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang), parti itu bernama Parti Wawasan Negara.
"Kami mahu bersama dengan PAS, GERAKAN dan parti-parti lain yang ada," katanya.