Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Waspada, Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Hujan Lebat
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan tujuh negeri petang ini.

Iklan

Hujan Lebat Di Beberapa Negeri

Menerusi amaran yang dikeluarkan, MetMalaysia memaklumkan bahawa seluruh negeri di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang serta beberapa kawasan di Perak dan Sabah diramal hujan hingga jam 4 petang.

Di Perak, kawasan yang terlibat ialah Selama, Kerian, Larut Matang, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar. Di Sabah pula, amaran meliputi Kudat, Paitan di Sandakan serta Tawau dan Kalabakan dalam Bahagian Tawau.

Sementara itu, amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu berkuat kuasa sehingga pukul 5 petang.

Di Kelantan, kawasan yang terlibat ialah Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Pasir Mas, manakala di Terengganu, amaran meliputi Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Besut.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.


Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan tujuh negeri petang ini.
  • Amaran hingga jam 4 petang meliputi Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Sabah.
  • Kelantan dan Terengganu pula menerima amaran cuaca buruk yang berkuat kuasa hingga 5 petang.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan