Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri sehingga jam 5 petang ini.
Menurut amaran yang dikeluarkan, hujan diramal diramal di beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang, Johor, Sabah dan seluruh negeri Perlis serta Pulau Pinang.
Hujan Lebat Beberapa Negeri
“Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Bandar Baharu, Kulim, Baling, Sik, Pendang dan Langkawi.
“Manakala di Perak pula melibatkan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Selama, Larut Matang, Kerian, Manjung, Perak Tengah, Kinta dan Kampar
“Beralih ke Pahang, hanya daerah Rompin dijangka hujan. Selain itu di Johor pula melibatkan Kluang, Pontian, Segamat, Johor Bahru, Kulai dan Batu Pahat.
“Di Sabah, kawasan yang terlibat adalah Tawau (Lahad Datu, Kalabakan dan Kunak), Sandakan (Kinabatangan, Sandakan, Tongod dan Telupid), Pantai Barat (Ranau, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud dan Putatan), Pedalaman (Tambunan, Sipitang, Pensiangan dan Tenom),” maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
