Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal berlaku di lapan negeri sehingga jam 9 malam ini.
Menerusi kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), keadaan cuaca itu akan melanda seluruh negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
Selain itu, negeri Perak turut terlibat iaitu di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
Di Terengganu pula, hujan dijangka berlaku di Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.
Begitu juga di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh di Pahang.
Beralih ke Sarawak, amaran hujan lebat itu membabitkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Bintulu (Tatau).
Manakala di Sabah pula melibatkan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan).

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.