Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Waspada, 6 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Malam Ini

Hujan Lebat
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di enam negeri serta satu Wilayah Persekutuan sehingga pukul 9 malam ini.

Hujan Lebat Dibeberapa Negeri

Menerusi amaran yang dikeluarkan pada pukul 5.55 petang, negeri yang terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah serta WP Labuan.

Di Kelantan, kawasan yang dijangka terjejas ialah Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas dan Machang.

Amaran itu turut melibatkan seluruh Terengganu dan Johor, manakala di Pahang, kawasan yang disenaraikan ialah Jerantut, Kuantan, Maran, Pekan dan Lipis.

Sementara itu, di Sarawak, amaran meliputi Song di bahagian Kapit; Kanowit dan Sibu di bahagian Sibu; serta Julau, Pakan di bahagian Sarikei, Lubok Antu di bahagian Sri Aman, Serian, daerah Betong di bahagian Betong serta daerah Kuching di bahagian Kuching.

Bagi Sabah, kawasan yang disenaraikan ialah Pedalaman, Pantai Barat, Kudat, Paitan, Telupid, Labuk dan Sugut, Sandakan serta Tongod di bahagian Sandakan, selain Kalabakan di bahagian Tawau.

Wilayah Persekutuan Labuan juga termasuk dalam kawasan yang dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat sepanjang tempoh berkenaan.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat sehingga 9 malam ini.
  • Kawasan terlibat meliputi enam negeri, termasuk seluruh Terengganu dan Johor, serta WP Labuan.
  • Orang ramai dinasihatkan berwaspada, mengelakkan aktiviti luar dan mengikuti saluran rasmi MetMalaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan