Ribut petir dan hujan lebat dijangka akan berlaku di beberapa negeri sehingga jam 5.00 petang ini. Amaran yang dikeluarkan pada jam 2.25 petang sebentar tadi melibatkan negeri di semenanjung dan luar semenanjung Malaysia.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis. Kedah. Pulau Pinang. Perak. Kelantan (Jeli dan Gua Musang). Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong). Selangor (Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat). Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau). Melaka.
Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru). Sarawak: Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit, Bintulu (Tatau), Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang. Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat. Labuan.
Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan mengelak dari kawasan yang merbahaya dan berisiko.