Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Tujuh Negeri Hingga 5 Petang

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di tujuh negeri hingga 5 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan di Kedah, kawasan yang dijangka terjejas ialah Kulim, Baling, Bandar Baharu, Padang Terap, Sik, Kubang Pasu dan Yan, manakala di Pulau Pinang melibatkan Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Tengah serta Seberang Perai Utara.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Perak meliputi Selama, Larut Matang, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak dan Kuala Kangsar, manakala di Pahang merangkumi Cameron Highlands, Raub, Bentong dan Lipis.

Di Johor, amaran itu melibatkan Johor Bahru, Kulai dan Pontian, manakala di Sarawak melibatkan Serian, Kuching (Kuching dan Bau), Samarahan (Samarahan, Gedong, Simunjan dan Asajaya), Sri Aman (Pantu dan Lubok Antu), Kapit (Song), Sarikei (Julau dan Maradong) Sibu (Kanowit dan Sibu) serta Mukah (Matu, Daro dan Dalat).

Di Sabah, amaran tersebut meliputi Tawau (Kalabakan dan Tawau), Pedalaman (Pensiangan) serta Sandakan (Tongod).

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 5 petang.
  • Amaran melibatkan kawasan terpilih di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang dan Johor.
  • Di Sarawak dan Sabah, beberapa bahagian serta daerah turut dijangka terjejas cuaca buruk.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan