Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Wanita Maut Selepas Pulang Dari Masjid Tunai Solat Sunat Aidiladha

BERNAMA
Wanita Maut
Kredit: Bernama

Wanita Maut Selepas Pulang Dari Masjid Tunai Solat Sunat Aidiladha

MACHANG, 27 Mei (Bernama) -- Seorang wanita maut manakala suaminya cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di KM29.4 Jalan Lama Kota Bharu-Kuala Krai dekat Pekan Pulai Chondong di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Machang Supt Azuhar Md Nor berkata dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, mangsa Yusnita Yusuf, 47, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas pulang dari masjid setelah selesai menunaikan solat sunat Aidiladha dengan menaiki sebuah motosikal bersama suaminya.

“Kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta Perodua Viva dan motosikal SYM BX110 yang bergerak dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Krai.

“Akibat kemalangan itu, pembonceng motosikal seorang wanita berusia 47 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala penunggang motosikal seorang lelaki berusia 44 tahun mengalami kecederaan parah dan sedang dirawat di zon merah Unit Kecemasan Hospital Machang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bagaimanapun pemandu dan penumpang kereta pula tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu boleh menghubungi pegawai penyiasat Insp Khairulanwar Adamb di talian 011-10085165 bagi membantu siasatan.