Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Wanita Dakwa Dibelasah Suami, Dipercayai Kerana Minta Bayar Yuran Sekolah Anak

Gambar: TimesNowNews.com

Seorang wanita berusia 39 tahun di Bengaluru di Karnataka, India didakwa telah diserang oleh suaminya sehingga pengsan selepas dia meminta suaminya itu membayarkan yuran sekolah anak sulung mereka, lapor Times Now News.

Menurut laporan, pasangan tersebut telah mendirikan rumah tangga selama 12 tahun. Selepas mereka berkahwin, ibu bapa wanita tersebut dilaporkan memutuskan hubungan mereka dengannya kerana mereka tidak merestui lelaki pilihan anaknya itu.

Tidak lama kemudian, keluarga mertua wanita tersebut mula melayaninya dengan teruk. Oleh kerana itu, dia telah berpindah ke sebuah rumah sewa di BTR Garden, Bengaluru bersama dengan suami dan dua orang anaknya yang masing-masing berumur 7 dan 9 tahun.

Sejak beberapa tahun lepas, suami wanita itu didakwa melayaninya secara kasar. Pada Khamis malam, wanita tersebut telah mengingatkan suaminya untuk membayar yuran sekolah anak lelaki sulung mereka.

Dia menyatakan bahawa jika yuran tersebut tidak segera dibayar, sekolah tidak akan membenarkan anak mereka menyertai e-kelas.

Menurut laporan Bangalore Mirror, setelah diminta untuk membayar yuran sekolah anaknya itu, suaminya mulai mengamuk dan seterusnya memukul wanita itu.

Dia telah menyalahkannya kerana masalah kewangan yang dihadapi. Dia mula memukulnya dengan kerusi setelah memerangkapnya di ruang antara meja makan dan dinding.

Ketika kerusi pecah, dia dipercayai menyerangnya dengan menggunakan rak perkakas pula. Anak sulung wanita itu terus ke tempat kejadian setelah mendengar tangisan ibunya.

Ketika anaknya itu cuba untuk masuk campur, suaminya dilaporkan telah menampar anaknya sendiri sebanyak berkali-kali.

Akibat daripada serangan fizikal itu, wanita tersebut telah tidak sedarkan diri. Dia telah digegaskan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Doktor di hospital terus memfailkan kes medico-legal. Sejurus selepas itu, pihak polis tiba di hospital untuk merakam kenyataan wanita berkenaan.

Berdasarkan pernyataan wanita tersebut, polis membuka kertas siasatan terhadap suaminya di bawah seksyen 324 (serangan), 504 (penghinaan yang disengajakan yang menyebabkan ancaman) dan 506 (ugutan jenayah) Kanun Keseksaan India. Dia, bagaimanapun dilaporkan belum lagi ditangkap.

Sumber: TimesNowNews.com