Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pelajar Dipercayai Cederakan Guru Di Sekolah Antarabangsa Di Kuching

Guru
Kredit: Bernama

KUCHING, 21 Okt (Bernama) -- Seorang guru wanita cedera selepas dipercayai diserang seorang pelajar lelaki tingkatan empat, di sebuah sekolah antarabangsa di sini.

Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak DCP Saifullizan Ishak mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan senjata yang ditemukan, ialah pisau kecil jenis penknife dan juga kapak kecil.

“Butiran lanjut berhubung kejadian itu akan disampaikan Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching,” katanya dalam kenyataan hari ini.

TinjauanBernama di lokasi kejadian mendapati, keadaan di pekarangan sekolah itu tenang dengan beberapa pihak media berada di lokasi.

Terdahulu, tular video seorang pelajar bertindak menyerang seorang individu wanita yang dipercayai gurunya.


Sumber:BERNAMA