Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Wan Screen Meninggal Dunia
KUALA LUMPUR -- Pemain gitar kumpulan Screen Ridzuan Rasol @ Mat Rasol atau lebih dikenali dengan nama Wan Screen meninggal dunia pada usia 52 tahun.
Perkhabaran duka itu dikongsikan adik Allahyarham, Mohammad Zaid Rasul dalam satu hantaran di Facebook.
"Untuk makluman, abang kandung saya, Ridzuan Bin Mat Rasol Wan Screen telah kembali ke rahmatullah pada hari Rabu 4 Mac 2026," maklumnya.
Difahamkan, jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pendamar, Port Klang pada jam 10 pagi ini.
"Mohon doa sahabat semua agar roh Allahyarham ditempatkan di kalangan para solehin," titip adik Allahyarham.