Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bekas Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin Meninggal Dunia

Zahidi Zainul Abidin
Kredit: FB Fahmi Fadzil

Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia dan Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin meninggal dunia pada Jumaat.

Berita duka itu dikongsikan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil di Facebook sebentar tadi.

Fahmi yang turut mewakili seluruh Kementerian Komunikasi mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham.

“Saya berdukacita menerima berita pemergian Datuk Zahidi Zainul Abidin, yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia serta Ahli Parlimen Padang Besar.

“Bagi pihak seluruh warga Kementerian Komunikasi, saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan sahabat handai Allahyarham.

“Semoga mereka diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini.

“Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya.

Intipati
  • Datuk Zahidi Zainul Abidin meninggal dunia pada Jumaat, menurut laporan artikel.
  • Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia.
  • Fahmi Fadzil menyampaikan takziah kepada keluarga dan sahabat handai Allahyarham.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan