Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menziarahi pusara Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali di Pusara Negara, Presint 20, di sini, hari ini.
Kunjungan berkenaan dikongsikan menerusi laman Facebook Dr Mahathir bersama beberapa keping gambar.

Menerusi perkongsian itu, Abdul Hadi turut disantuni anak Allahyarham, Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika berada di kawasan pusara berkenaan.
Dr Mahathir dilihat menabur bunga serta berdoa di pusara isterinya dalam suasana penuh hiba.
Allahyarham Tun Dr Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 28 September lalu.
Allahyarham kemudiannya disemadikan di Pusara Negara pada hari sama menerusi Istiadat Pengebumian Pembesar Negara.

