Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menziarahi pusara Allahyarhamah Tun Dr Hasmah Mohd Ali di Pusara Negara, Putrajaya pada Selasa.
Menerusi perkongsian di Facebook, Abdul Hadi hadir bersama beberapa individu termasuk Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman.
Beliau juga turut mengimamkan solat jenazah di pusara itu.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah, mengampuni segala dosanya, menerima segala amal kebajikannya, serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman, beramal soleh dan dikurniakan tempat yang mulia di sisi-Nya,” katanya menerusi kapsyen di Facebook.
Kehadiran beliau turut disambut oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Tun Dr Hasmah Mohamad Ali meninggal dunia pada 28 September lalu di Institut Jantung Negara (IJN) pada usia 100 tahun.
Terdahulu, jenazah Allahyarhamah disolatkan di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah sebelum disemadikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya menerusi Istiadat Pengebumian Pembesar Negara.
