Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Wah Chan Tampilkan Jed Sebagai Bahasa Cinta Moden Sempena Hari Ibu
KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 April 2026 — Wah Chan, antara jenama barang kemas paling lama bertapak di Malaysia, mengajak rakyat Malaysia meraikan kasih sayang dan penghargaan sempena Hari Ibu dengan koleksi loket jed terbaharunya.
Dipilih dengan teliti sebagai cenderamata penuh makna, setiap rekaan melambangkan doa dan harapan yang dizahirkan melalui tiga berkat abadi: Keberkatan & Keindahan, Kesihatan & Umur Panjang, serta Kebahagiaan & Kemakmuran.
Koleksi edisi terhad ini akan ditawarkan di bilik pameran Wah Chan terpilih di seluruh negara mulai 10 April 2026.
"Dalam banyak keluarga Asia, kasih sayang jarang diungkapkan dengan kata-kata, namun sentiasa dirasai dengan mendalam," ujar Wah Chan.
Sempena Hari Ibu ini, Wah Chan memperkenalkan koleksi loket jed baharu yang menzahirkan emosi yang tidak terucap menjadi sesuatu yang nyata, satu berkat yang boleh dipakai, disimpan dan diwariskan.
Berakar daripada tradisi berkurun lamanya namun ditafsir semula untuk masa kini, koleksi ini berteraskan tiga harapan abadi yang kita dambakan buat wanita yang membesarkan kita iaitu kehidupan yang penuh keanggunan, kesihatan yang baik, dan kebahagiaan yang berterusan.
Daripada sekadar menghasilkan barang kemas sebagai perhiasan, Wah Chan melihat koleksi ini sebagai satu bahasa, di mana setiap rekaan membawa makna yang melangkaui bentuk fizikalnya.
Selama berabad-abad, jed dihargai sebagai batu yang melambangkan kesucian, perlindungan dan keharmonian dan sering dihadiahkan sebagai simbol keprihatinan dan penjagaan.
Dalam koleksi ini, Wah Chan mentafsir semula jed bukan sekadar sebagai warisan budaya, tetapi sebagai ekspresi moden kekayaan emosi dan sesuatu yang sangat peribadi, namun sarat dengan makna yang tersirat.
Setiap loket direka berteraskan konsep kedamaian dan keberkatan, di mana jed menjadi wadah kepada tiga doa: Keberkatan & Keindahan, Kesihatan & Umur Panjang, serta Kebahagiaan & Kemakmuran.
Daripada dihiasi dengan perincian berlebihan, setiap rekaan disusun dengan teliti agar jed menjadi fokus utama seperti kemurnian, keseimbangan dan tidak terganggu.
Setiap loket diperkemaskan dengan motif emas yang direka penuh makna, daripada kunci panjang umur yang signifikan kepada simpulan tradisional serta elemen flora, yang secara halus melambangkan kesinambungan, perlindungan dan keharmonian.
Keseimbangan antara struktur dan kelembutan menghasilkan siluet moden yang terasa ringan namun bermakna, membolehkan jed kekal sebagai inti emosi bagi setiap rekaan.
Rekaan premium terpilih turut diperkaya dengan perincian berlian, disusun dengan teliti untuk menampilkan kilauan yang lembut dan bukan untuk menenggelamkan, tetapi untuk menyerlahkan kedalaman dan keindahan semula jadi jed.
“Di Wah Chan, kami sentiasa percaya bahawa barang kemas yang paling bermakna bukan sekadar dipakai, tetapi membawa bersama perasaan kita terhadap insan yang kita sayangi," kata Amanda Koo, Pengarah Wah Chan Jewellery.
Sempena Hari Ibu ini, Wah Chan ingin menghasilkan sesuatu yang membolehkan anda meluahkan apa yang sering tidak terucap, misalnya harapan agar beliau sentiasa hidup sejahtera, sihat, dan bahagia.
Setiap rekaan adalah sebuah doa yang dizahirkan dan sesuatu yang boleh dipakai setiap hari, serta membuatkan dirinya sentiasa dihargai serta diingati.”
Bukan itu sahaja, setiap rekaan mengimbangi pertukangan warisan dengan kesesuaian gaya moden, direka bukan sekadar untuk dijadikan hadiah, tetapi untuk membawa makna dalam pemakaian harian.
Koleksi Klasik
Menampilkan jed premium dalam bentuknya yang paling asli, setiap rekaan dihasilkan menggunakan emas 9K bagi menyerlahkan keindahan semula jadi serta simbolisme jed. Berharga RM1,388 setiap satu dan ditawarkan dalam pilihan emas kuning dan emas putih.

Koleksi Signature
Diperkaya dengan berlian semula jadi dan dipasang dalam emas 18K, setiap rekaan menampilkan kilauan yang lebih sofistikated, melengkapi kekuatan abadi jed dan ditawarkan dalam pilihan emas kuning dan emas putih.

Bagi yang berminat, harga untuk setiap koleksi Keberkatan & Keindahan ialah RM3,188, manakala Kesihatan & Umur Panjang pula RM3,188 dan Kebahagiaan & Kemakmuran pula RM3,888
Koleksi ini bukan hanya sekadar hadiah untuk satu acara, malah mencerminkan niat yang lebih mendalam dan untuk memberikan sesuatu yang kekal bermakna sepanjang masa.
Koleksi loket jed sempena Hari Ibu ini akan ditawarkan di bilik pameran Wah Chan terpilih di seluruh negara mulai 10 April 2026.
Bagi melengkapkan koleksi ini, Wah Chan turut menyediakan beg tote edisi terhad yang dikurasi khas serta charm rekaan eksklusif, diberikan dengan setiap pembelian koleksi jed Hari Ibu.
Sebagai tambahan kepada kemeriahan sambutan, pelbagai pengalaman di butik akan diadakan di cawangan Wah Chan terpilih, termasuk promosi eksklusif, aktiviti ibu dan anak, hadiah percuma, serta sesi perkongsian ilmu yang direka untuk meraikan dan meningkatkan penghargaan terhadap jed.
Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi Hari Ibu ini, layari https://wahchan.com.my/mothers-day/.