Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Vijay Arah Tutup 717 Kedai Arak Dekat Sekolah, Rumah Ibadat Dan Stesen Bas

Iqbal Yasir
Vijay Arah Tutup
Kredit: AFP

Vijay Arah Tutup 717 Kedai Arak Dekat Sekolah, Rumah Ibadat Dan Stesen Bas

Tidak menunggu lama, Ketua Menteri Tamil Nadu yang baharu, C Joseph Vijay mengarahkan penutupan 717 premis runcit arak TASMAC milik kerajaan negeri dalam tempoh dua minggu susulan didapati beroperasi terlalu hampir dengan sekolah, rumah ibadat dan stesen bas, lapor NDTV.

Difahamkan, premis perniagaan itu dikenal pasti berada dalam lingkungan 500 meter dari kawasan awam yang sering menjadi tumpuan orang ramai.

Vijay Arah Tutup 717 Kedai Arak

Tinjauan mendapati sebanyak 276 kedai arak terletak berhampiran rumah ibadat, 186 berhampiran institusi pendidikan dan 255 berhampiran perhentian bas, menjadikan jumlah keseluruhan premis yang bakal ditutup adalah sebanyak 717 unit.

Vijay Mahu Masyarakat Kurang Terdedah Dengan Arak

Pegawai menyatakan bahawa langkah ini bertujuan untuk memastikan kawal selia kedai arak yang lebih ketat serta menangani kebimbangan orang awam mengenai kedudukan kedai TASMAC yang terlalu dekat dengan kawasan awam yang sensitif.

Arahan itu dikeluarkan selepas pihak berkuasa menjalankan semakan terhadap lokasi kedai arak di beberapa daerah yang sebelum ini pernah mencetuskan bantahan penduduk setempat.

Kini, terdapat 4,765 kedai runcit arak yang beroperasi di bawah Perbadanan Pemasaran Negeri Tamil Nadu.

Sebelum ini, bintang filem terkenal India itu secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu pada Ahad selepas parti pimpinannya berjaya membentuk gabungan kerajaan di negeri hab industri selatan India itu.

AFP melaporkan majlis angkat sumpah yang berlangsung di Chennai itu penuh debaran susulan cabaran dihadapi parti Tamilaga Vettri Kazhagam (TVK) dalam mendapatkan sokongan parti-parti kecil selepas pilihan raya negeri berakhir.

TVK yang ditubuhkan dua tahun lalu muncul sebagai parti terbesar apabila menguasai 108 daripada 234 kerusi Dewan Undangan Negeri Tamil Nadu.