Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu di dunia kini, terdapat beberapa buah negara yang teruk dilanda dengan kenaikan paras suhu yang melampau. Salah satunya adalah negara Algeria yang pada baru-baru ini dilaporkan dilanda dengan gelombang panas.
Cuaca yang sangat panas tidak hanya memberi kesan kepada manusia, namun ianya turut memberi kesan kepada haiwan yang telah hidup di sana bertahun-tahun lamanya.
Buktinya boleh dilihat di dalam satu video yang memaparkan keadaan seekor unta yang tampak seakan pengsan di tepi jalan dalam cuaca yang panas ini.
Menurut portal Era Baru, ketika seorang pemandu lori sedang melalui jalan tersebut, dia telah mendapati bahawa seekor unta sedang terbaring di tepi jalan kerana cuaca yang panas. Prihatin terhadap unta tersebut, dia terus bergegas turun dari lorinya untuk menghulurkan bantuan.
Menurut laporan media, video tersebut telah menjadi tular di forum portal Reddit dan telah menarik perhatian ramai warganet.
Dalam video itu, seorang lelaki sedang memandu di sebuah jalan di Gurun Sahara di Algeria didalam suhu yang mencapai sehingga 60 darjah Celcius.
Dalam perjalanannya, dia telah terlihat seekor unta di pinggir jalan yang tampak seakan pengsan akibat panas terik matahari.
Lelaki itu pun terus bergegas turun dari lorinya sambil membawa sebotol air untuk menyelamatkannya. Unta tersebut seakan tahu bahawa lelaki itu cuba untuk membantunya, ia pun terus mengangkat kepalanya dan terus minum air yang diberikan oleh lelaki berkenaan.
Selepas video tersebut dikongsikan di internet, ramai warganet berasa kasihan melihat unta tersebut dan memenuhi ruankan komen video berkenaan.
“Haiwan yang kebiasaannya mampu hidup di iklim yang ekstrim pun boleh pengsan. Ini benar-benar satu petanda yang tidak baik,” tulis warganet.
“Ini sungguh memilukan. Saya berasa tertekan,” tulis seorang lagi.
“Unta itu mengalami dehidrasi, sebotol air tersebut tampak tidak cukup untuknya,” tulis yang lain.