Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tanam Semula Kelapa Sawit Tanpa Pembakaran, Perkongsian Lelaki Ini Raih Perhatian

SAWIT
@acap_tikitaka: Threads
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

“Malaysia tengah tanam semula kelapa sawit baru. Nampak cantik, kemas dan okey je tanpa bakar-bakar.”

Demikian perkongsian seorang lelaki yang menarik perhatian orang ramai apabila menunjukkan kaedah penanaman semula kelapa sawit di Malaysia tanpa pembakaran.

Menerusi hantaran di media sosial, pengguna dikenali sebagai @Acap_tikitaka memuat naik video yang memperlihatkan keadaan kawasan ladang ketika proses penanaman semula kelapa sawit dilakukan.

Perkongsian itu memberi gambaran bahawa kerja penanaman semula boleh dilaksanakan dengan teratur tanpa perlu membakar kawasan ladang, sekali gus mengelakkan pencemaran udara akibat pembakaran terbuka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna berkongsi pandangan dan pengalaman mereka mengenai kaedah berkenaan.

Seorang pengguna, aida_adan, berkata kaedah sama turut digunakan di ladang tempat bapanya bekerja, sambil menyifatkan pembakaran sebagai jalan mudah yang kesannya terpaksa ditanggung orang ramai.

“Betul bang. Kat estet ayah saya kerja ni pun buat macam ni. Mereka je yang ambil jalan mudah dengan membakar. Kesannya pada kita semua lah kena hidup dengan udara yang tak sihat,” komennya.

Sementara itu, glamtouchbyjulia turut menyentuh tentang larangan membakar sampah, apatah lagi jika melibatkan kawasan ladang yang luas.

“Sampah depan rumah pun tak boleh bakar, apatah lagi ladang yang seluas alam ni. Alhamdulillah, Malaysia kita cakna bab alam sekitar,” tulisnya.

Seorang lagi pengguna, sitiarif053, menjelaskan bahawa ladang tempat suaminya bekerja menggunakan teknik chipping atau mencincang sisa pokok ketika proses penanaman semula kelapa sawit.

Dalam pada itu, didavilaa berpendapat kawasan ladang berkenaan kelihatan teratur walaupun berada di kawasan berbukit, selain mempunyai laluan untuk memudahkan pemetik buah kelapa sawit.

Megat_a.b pula berpandangan bahawa kaedah sedemikian memerlukan pengusaha mengeluarkan sedikit modal bagi memastikan operasi ladang dapat dijalankan dengan baik.

Perkongsian itu mengundang perbincangan mengenai kaedah penanaman semula kelapa sawit tanpa pembakaran, khususnya berkaitan usaha mengurangkan pencemaran udara dan risiko jerebu.

Sumber:Threads
Intipati
  • Video penanaman semula kelapa sawit tanpa pembakaran dikongsi pengguna dikenali sebagai @Acap_tikitaka.
  • Pengguna media sosial berkongsi pengalaman ladang menggunakan kaedah sama dan teknik chipping.
  • Perkongsian itu mencetuskan perbincangan mengenai pengurangan pencemaran udara dan risiko jerebu.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan