Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Netflix telah melakukan eksperimen yang luar biasa apabila merakamkan sebuah filem seram pendek yang ditulis oleh robot. Hasil filem tersebut cukup mengagumkan apabila skrip filem ditulis oleh “bots” berbentuk kecerdasan buatan (artificial intelligence).
Walaupun jalan cerita berbentuk klise, tetapi ia menampilkan dialog-dialog genre komedi dan tidak masuk akal serta sesuai ditonton oleh kumpulan kultus yang menyukai genre-genre seperti ini.
Netflix nampaknya berasa selesa dengan usaha yang dilakukan dengan menyiarkan hasil percubaan filem ini dan memuat naik di siaran Youtubenya, iaitu Netflix Is A Joke.
Filem “Mr. Puzzles Wants You to be Less ALive” dikatakan asli kerana platform filem ditulis sepenuhnya oleh “bot” . Hasil ciptaan skrip filem ini diberi lebih daripada 400,000 jam filem seram kepada “bot” untuk “ditonton”.
Filem ini merupakan filem pendek berdurasi 4 minit 23 saat yang penuh dengan adegan-adegan tidak masuk akal dan klise. Plot permulaan bermula dengan seorang wanita yang digantung pada tali di atas kerusi gergaji. Watak yang memakai topeng kabuki tersebut memintanya untuk menjawab teka-teki dan jika salah, maka akan mendapat hukuman.
Sumber : Yahoo!life