Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Mudah, Lelaki Tunjuk Cara ‘Share’ Wifi Tanpa Perlu Beritahu ‘Password’

Gambar: TikTok

Korang mungkin pernah lupa password Wi-Fi sekiranya ada yang meminta izin untuk menggunakan Wi-Fi korang kan? Selain itu juga, korang mungkin juga takut kalau orang itu sebarkan password dan menjadikan rangkaian Wi-Fi korang itu terdedah kepada hacker.

Bagi korang yang menggunakan Android, korang boleh kongsikan rangkaian Wi-Fi korang dengan menggunakan QR code. Sebenarnya, langkah ini tidak perlukan aplikasi tambahan pun, hanya perlu mengakses ke bahagian tetapan sahaja.

Menerusi perkongsian video TikTok @BossAdrian_derisogadget, lelaki itu telah berkongsi tips mengenai cara nak share password Wi-Fi dengan menggunakan QR code sahaja. Terdapat 4 langkah untuk mengakses Wi-Fi tersebut:

  1. Pergi ke setting phone.

  2. Pilih perkataan Wi-Fi.

  3. Tekan simbol info pada Wi-Fi yang kita gunakan.

  4. Tekan wifi QR code supaya kod tersebut dapat dipaparkan.

Untuk lebih mudah faham, boleh tonton video tutorial di TikTok yang dikongsikan oleh @BossAdrian_derisogadget.

Sumber: TikTok