Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Menang Pemilihan Ketua Kampung, Pemuda Disambut & Diarak Meriah Persis Artis Terkenal

Seorang pemuda yang terpilih menjadi ketua kampung di Lumajang, Indonesia, telah menjadi tular sejak beberapa hari yang lalu.

Menerusi satu video yang dimuatnaik di Instagram fakta.beriita, dia dilihat diiring dan disambut oleh penduduk kampung seperti seorang artis popular.

Dia tampil sederhana dengan mengenakan kemeja putih dan songkok hitam.

Pada awal video itu, penduduk kampung dilihat menunggu ketibaan pemuda itu dan menyambutnya dengan penuh keterujaan.

Ada juga di antara mereka yang memenuhi jalan untuk melihat pemuda itu dan bahkan ada di antara mereka yang memeluk pemuda itu serta mengucapkan tahniah.

Beberapa orang wanita pula dilihat menyiramkan air berisi bunga ke arah pemuda itu dan mengaraknya masuk ke dalam sebuah rumah.

Pun begitu, nama pemuda yang memenangi pemilihan ketua kampung itu tidak diketahui.

Sumber: Suara.com, fakta.beriita