Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Macam Tak Puas Hati, Gelagat Kucing ‘Bergaduh’ Dengan Air Jadi Perhatian, Ditonton Lebih 4 Juta Kali

Gambar: Ernesto's Sanctuary for Cats in Syria

Satu video rakaman yang memaparkan seekor kucing sedang ‘bergaduh’ dengan air pancut telah menjadi tular di media sosial.

Video yang berdurasi selama 34 saat itu menunjukkan seekor kucing berwarna putih seakan tidak berpuas hati dengan pancuran air yang sedang mengalir itu.

Kucing comel itu kelihatan seakan berusaha untuk menghentikan air yang sedang terpancut keluar itu sebanyak beberapa kali namun gagal.

Video tersebut telah menjadi tular di media sosial Facebook. Sehingga kini, ianya telah ditonton sebanyak lebih 4 juta kali daripada warganet.

Sumber: Ernesto’s Sanctuary for Cats in Syria