Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hampir dua juta penyokong berkumpul di perkarangan Stadium Toronto untuk mengikuti perarakan sekitar bandar bersama kemenangan pasukan Toronto Raptors dalam Sukan NBA (National Basketball Association) semalam dikejutkan dengan tembakan secara rambang oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Hal ini menyebankan dua orang terkena tembakan itu, dan dipercayai mengalami kecederan parah. Sejurus kejadian itu berlaku, beberapa pasukan polis datang untuk mengawal keadaan tersebut.

Sementara itu, Perdana Menteri Justin Trudeau, Datuk Bandar Toronto dan pemain Raptors kekal berada di atas pentas walaupun sambutan tersebut dihuru-harakan oleh ribuan peminat yang berlari untuk selamatkan diri.

Menurut pasukan polis, tiada kematian dilaporkan hanya dua orang sahaja cedera parah dan dihantarkan ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut. Manakala, dua penjenayah bersenjata api di tahan untuk siasatan lanjut.

Terdahulu, Datuk Bandar Toronto mengesa penduduk untuk meraikan kejohanan pertama Raptors dengan slogan ‘We Are The North Day’ untuk pasukan Toronto.
Sumber: Metro.co.uk