Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Peruncit fesyen global UNIQLO mengumumkan kolaborasi terbaharu bersama pereka fesyen wanita dari Denmark, Cecilie Bahnsen menerusi koleksi Spring/Summer 2026 yang bakal dilancarkan pada 22 Mei ini.
Dikenali dengan gaya feminin dan romantik yang unik, Cecilie Bahnsen membawakan sentuhan moden dan timeless dalam rekaan pakaian harian wanita menerusi koleksi khas ini.
Mengangkat konsep “Shapes of Poetry”, koleksi tersebut menggabungkan elemen rekaan eksklusif dan seni pertukangan Cecilie Bahnsen bersama komitmen UNIQLO terhadap keselesaan serta penggunaan material berkualiti tinggi menerusi konsep LifeWear.
Menurut Cecilie Bahnsen, beliau teruja dapat bekerjasama dengan UNIQLO buat kali pertama.
“Saya sentiasa mereka pakaian yang boleh dipakai, dihargai dan dinikmati setiap hari, sama seperti konsep LifeWear UNIQLO. Saya sangat gembira kerana dapat berkongsi koleksi ini dengan lebih ramai wanita dan kanak-kanak perempuan di seluruh dunia,” katanya.
Koleksi ini mengetengahkan identiti khas Cecilie Bahnsen menerusi motif floral ikonik, potongan lengan volum besar, serta perincian frills dan shirring yang menyerlahkan elemen feminin moden.

Menariknya, kolaborasi ini turut memperkenalkan koleksi pertama Cecilie Bahnsen untuk kanak-kanak perempuan.
Sebagai seorang ibu, Cecilie mengakui beliau sentiasa meminati dunia pakaian kanak-kanak dan mahu menghasilkan koleksi yang praktikal tetapi masih mengekalkan identiti feminin khas jenamanya.
Koleksi UNIQLO x Cecilie Bahnsen Spring/Summer 2026 akan mula dijual pada 22 Mei 2026 (Jumaat).
Koleksi penuh boleh didapati di empat cawangan terpilih UNIQLO di Malaysia iaitu:
Fahrenheit88
The Exchange TRX
1 Utama Shopping Centre
Mid Valley Megamall
Selain itu, ia turut boleh dibeli secara dalam talian menerusi UNIQLO Malaysia