Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ice-Watch Malaysia Raikan Sedekad Ice-Watch Night Run, Lancar Color The Night Run 2026

Ice-Watch Malaysia meraikan 10 tahun penganjuran Ice-Watch Night Run di Malaysia menerusi pelancaran Color The Night Run 2026, yang bakal berlangsung pada 28 November ini di IOI City Mall, Putrajaya.

Acara berkenaan menandakan sedekad Ice-Watch menyatukan komuniti menerusi larian, warna dan pelbagai pengalaman bersama.

Pelancaran Color The Night Run 2026 diumumkan menerusi satu sidang media yang berlangsung di Time Zone, IOI City Mall, Putrajaya, baru-baru ini.

Sepanjang 10 tahun penganjurannya, Ice-Watch Night Run bukan sekadar menjadi acara larian, malah berkembang sebagai platform yang menghimpunkan pelari, keluarga, pihak media dan rakan kerjasama dalam suasana yang penuh meriah.

Sempena ulang tahun ke-10, Color The Night Run 2026 tampil dengan identiti yang diperbaharui serta pengalaman baharu, sambil mengekalkan semangat dan elemen warna-warni yang sinonim dengan Ice-Watch.

Acara yang dianjurkan oleh Time Zone Sdn. Bhd. dengan sokongan HABIB Group dan Two Tropics Coffee itu turut membawa mesej mengenai kepentingan gaya hidup aktif, semangat komuniti dan pengalaman bermakna bersama.

Larian Malam Penuh Warna

Berlangsung pada 28 November 2026, Color The Night Run 2026 bakal menggabungkan elemen larian, hiburan dan gaya hidup dalam sebuah acara yang penuh warna.

Peserta bukan sahaja dapat menikmati pengalaman larian malam, malah berpeluang merasai suasana ceria dan berwarna-warni yang menjadi identiti Ice-Watch.

Bersempena ulang tahun ke-10, edisi kali ini turut menjadi titik permulaan kepada lembaran baharu Ice-Watch Malaysia dalam meneruskan legasi Ice-Watch Night Run.

Dengan identiti yang diperbaharui dan pengalaman baharu untuk peserta, Color The Night Run 2026 diharap dapat membuka ruang kepada generasi baharu untuk mencipta kenangan mereka sendiri.

Ice Forever & Ice Smart Forever 2.0

Dalam masa sama, Ice-Watch Malaysia turut memperkenalkan dua koleksi baharu sempena sambutan ulang tahun ke-10, iaitu Ice Forever dan Ice Smart Forever 2.0.

Kedua-dua koleksi berkenaan mengetengahkan identiti Ice-Watch yang berani, ceria dan penuh warna, selain menggabungkan elemen reka bentuk moden dengan gaya hidup masa kini.

Koleksi Ice Forever menampilkan interpretasi baharu terhadap reka bentuk ikonik Ice-Watch menerusi rangkaian jam tangan kontemporari yang sesuai digayakan mengikut personaliti dan gaya harian.

Dengan pilihan reka bentuk yang tersendiri dan berwarna-warni, koleksi ini mengekalkan karakter Ice-Watch yang dinamik dan mudah dikenali.

Sementara itu, Ice Smart Forever 2.0 menggabungkan reka bentuk ikonik Ice-Watch dengan teknologi pintar dalam sebuah aksesori gaya hidup moden.

Koleksi ini direka untuk pengguna yang mengutamakan gaya dan fungsi, dengan gabungan elemen fesyen, fleksibiliti serta teknologi pintar dalam satu rekaan yang sesuai digunakan setiap hari.

Ice-Watch Terus Kukuh Di Malaysia

Ice-Watch yang diasaskan di Bastogne, Belgium pada 2007 kini telah berkembang sebagai jenama jam tangan global dan dikenali menerusi identitinya yang penuh warna, optimistik serta inovatif.

Jenama berkenaan kini berada di lebih 55 negara dengan rangkaian produk yang merangkumi jam tangan pintar, digital, silikon, keluli tahan karat serta jam tangan buatan Switzerland.

Di Malaysia, Time Zone Sdn. Bhd., sebahagian daripada HABIB Group, merupakan pengedar eksklusif Ice-Watch.

Time Zone kini mempunyai 11 cawangan di seluruh negara selain terus memperkukuh kehadiran digitalnya bagi menawarkan pelbagai pilihan jam tangan kontemporari dan mewah kepada pengguna tempatan.

Sepanjang kehadirannya di Malaysia, Ice-Watch turut aktif memperkenalkan pelbagai inisiatif gaya hidup, kolaborasi strategik dan program berteraskan komuniti.

Dengan penganjuran Color The Night Run 2026, Ice-Watch Malaysia bukan sahaja meraikan perjalanan sedekad Ice-Watch Night Run, tetapi turut membawa semangat tersebut ke fasa baharu bersama komuniti dan generasi peserta seterusnya.