Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tular Video Restoran Di Iran Tolak Terima Bayaran Daripada Pelanggan China

Iqbal Yasir
Restoran Di Iran Tolak
Kredit: TikTok @chinesewarhawk

Tanda Penghargaan, Tular Video Restoran Di Iran Tolak Terima Bayaran Daripada Pelanggan China

Hubungan diplomatik antara negara bukan sekadar berjabat tangan depan kamera, namun merupakan tulang belakang kepada perdamaian.

Ia dapat membuka pintu rezeki dalam pelbagai sektor seperti ekonomi, pelancongan, keselamatan dan banyak lagi.

Sebagai contohnya, jika berlaku isu global, negara yang mempunyai hubungan diplomatik antara yang terawal menghulurkan bantuan.

Perkara inilah yang membuktikan betapa pentingnya diplomasi pada sesebuah negara berkenaan.

Restoran Di Iran Tolak Bayaran Pelanggan Dari China

Baru-baru ini, satu video menarik perhatian ramai di beberapa platform media sosial China apabila seorang individu dipercayai pemilik restoran di Iran mengambil keputusan untuk tidak mengenakan bayaran kepada pelanggan dari China yang makan di kedainya.

Lelaki berkenaan dilihat menjelaskan bahawa tindakan berkenaan sebagai tanda penghargaan mereka (Iran) kepada rakyat China.

Hal ini kerana China dianggap sebagai salah satu negara yang memberi sokongan terhadap Iran ketika waktu-waktu genting.

Dalam klip berkenaan, warga China pada awalnya menolak tawaran makan percuma.

Seorang lelaki yang dipercayai bertindak sebagai penterjemah atau pemandu pelancong turut menerangkan situasi berkenaan kepada kumpulan pelancong itu. 

Bagaimanapun, pemilik dan pekerja restoran berkenaan memujuknya untuk tidak membayar makanan.

Malah, meja itu juga dihiasi dengan bendera Iran dan China yang mencerminkan penghargaan restoran berkenaan terhadap negara tembok besar berkenaan.

Dapat Perhatian Dunia

Sementara itu, perkongsian video berkenaan mendapat reaksi positif daripada pengunjung dan netizen yang melihatnya sebagai simbol persahabatan antara dua negara.

Malah, ada sebahagian yang terkesima melihat momen tersebut.

Berikut antara komen warga maya;

"Tiada lagi perang, berdoa untuk keamanan," komen salah seorang pengguna.

"Ya Allah... Kedua-dua belah pihak begitu baik hati dan berprinsip dan mereka berpegang teguh padanya. Hormat," komen seorang lagi.