Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tular Video Letusan Gunung Dukono, Pendaki Sempat Rakam Situasi Dari Atas

Sofea
Gunung Dukono
Kredit: Yuliska Saebaka/Lexi Djangu Trekker/Badan Geologi

Tular Video Letusan Gunung Dukono, Pendaki Sempat Rakam Situasi Dari Atas

Salah satu gunung berapi paling aktif di Indonesia, Gunung Dukono telah meletus pada pagi Jumaat.

Letusan gunung yang terletak di Halamahera, Maluku Utara itu mengakibatkan tiga orang pendaki maut. Manakala, 20 lagi pendaki dilaporkan masih terperangkap di gunung itu.

Dalam pada itu, tular di media sosial beberapa video yang dikongsikan oleh penduduk tempatan dan pendaki ketika letusan itu berlaku.

Seorang pengguna Facebook, Yuliska Saebaka memuat naik video yang menyaksikan kepulan debu dari letusan itu.

Video itu dirakam dari sebuah sekolah yang terletak beberapa kilometer dari gunung itu.

Sementara itu, Lexi Djangu Trekker pula berkongsi situasi di atas gunung itu.

"Letusan mematikan Gunung Dukono, beruntung kami sudah turun dari kawah. Semoga mereka yang ada di kawah dalam keadaan selamat," katanya yang juga seorang pendaki dan pemandu pelancong.

Lelaki itu juga merakam keadaan beberapa pendaki lain yang selamat dan dalam persiapan untuk turun ke bawah.

Badan Geologi turut memuat naik gambar dan video yang memperlihatkan keadaan terkini letusan gunung itu.

Sehingga kini, pihak berkuasa masih lagi mencari mangsa yang terperangkap dan hilang.

Gunung Dukono pula masih mengeluarkan abu gunung berapi dan bahan batu dari kawah. Keadaan ini menjadikan situasi di puncak sangat berbahaya kepada pendaki, lapor BBC Indonesia.