Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri sehingga jam 5 petang ini.
Menurut kenyataan negeri yang terlibat adalah Perak, Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.
"Di Perak, daerah yang diramal hujan adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar.
"Manakala di Kelantan pula seperti Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.
"Selain di Terengganu termasuk Kuala Nerus dan Kuala Terengganu. Bagi Selangor pula hanya dua daerah diramal hujan seperti Hulu Langat dan Sepang.
"Di Negeri Sembilan pula termasuk Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau.
"Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan seperti Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Kapit (Song dan Bukit Mabong), Bintulu (Bintulu dan Sebauh) dan Miri (Subis, Beluru dan Marudi).
"Di Sabah termasuk hanya Tawau (Lahad Datu)," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.