Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Iqbal Yasir
Hujan Lebat Hingga Malam
Kredit: Bernama

Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri hingga jam 7 malam ini.

Menurut kenyataan, beberada daerah di negeri diramal hujan seperti Kedah, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Hujan Lebat Hingga Malam

"Di Kedah, dua daerah diramal hujan Sik dan Baling. Manakala di Kelantan pula melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

"Sementara di Terengganu pula seperti Besut dan Setiu. Bagi Negeri Sembilan, beberapa daerah diramal hujan seperti Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin. 

"Di Johor, termasuk Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

"Beralih ke Sarawak, beberapa kawasan diramal hujan termasuk Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau) dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi.

"Di Sabah pula termasuk Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu)," maklum kenyataan itu. 

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.