Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Trump Beri Amaran Terakhir kepada Iran, Setuju Atau Hadapi Serangan AS

Athirah
Trump
Kredit: AFP

Trump Beri Amaran Terakhir kepada Iran, Setuju Atau Hadapi Serangan AS

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengeluarkan amaran terakhir kepada Iran agar menerima perjanjian bagi menamatkan perang atau berdepan semula pengeboman oleh AS dalam perkembangan terbaharu siri perubahan dasar yang dilihat tidak menentu, lapor AFP.

“Dengan andaian Iran bersetuju untuk menerima apa yang telah dipersetujui, walaupun ia mungkin satu andaian yang besar, operasi ‘Epic Fury’ yang kini dianggap legenda akan berakhir

“Namun jika mereka enggan bersetuju, pengeboman akan disambung semula dan malangnya pada tahap serta intensiti yang jauh lebih tinggi berbanding sebelum ini,” kata beliau.

Trump bagaimanapun menyatakan keyakinan bahawa satu persetujuan dengan Iran masih boleh dicapai sebelum lawatannya ke China minggu hadapan.

“Saya fikir ada peluang yang sangat baik bahawa konflik ini akan berakhir. Jika tidak, kita mungkin perlu kembali melancarkan serangan besar-besaran,” ujarnya.

Pendirian Trump terhadap hala tuju penamatan konflik tidak konsisten

Dalam masa sama, beliau turut ditanya mengenai laporan bahawa Iran mungkin mengeksport uranium diperkaya sebagai sebahagian daripada perjanjian.

Trump berkata bahan berkenaan akan diserahkan kepada Amerika Syarikat, namun tidak memperincikan mekanisme pelaksanaannya.

Iran sebelum ini menegaskan ia tidak akan melepaskan uranium diperkaya tersebut, sambil menafikan dakwaan bahawa bahan itu digunakan untuk membangunkan senjata nuklear.

Catatan media sosial Trump itu dibuat susulan laporan saluran berita AS Axios yang menyatakan Washington dan Tehran hampir mencapai persetujuan terhadap memorandum persefahaman satu halaman bagi menamatkan konflik serta menetapkan rangka kerja untuk rundingan nuklear yang lebih terperinci.

Pentadbiran Trump kini dilihat berusaha mencari jalan keluar daripada konflik yang kurang popular dalam kalangan rakyat Amerika Syarikat, selain turut memberi kesan kepada kenaikan harga bahan api.

Dalam pada itu, Trump mengumumkan penangguhan operasi ketenteraan Amerika Syarikat bagi mengiringi kapal komersial di Selat Hormuz, dengan alasan memberi ruang kepada usaha diplomatik.

Bagaimanapun, pendirian Trump mengenai hala tuju menamatkan konflik itu masih kelihatan tidak konsisten dan sukar dirumuskan dengan jelas.

Trump hentikan sementara operasi yang dikenali sebagai “Projek Kebebasan”

Beliau juga berulang kali menegaskan bahawa beliau mempunyai “sepanjang masa di dunia” untuk menangani konflik berisiko tinggi tersebut, namun baru-baru ini turut memberi isyarat kepada Kongres bahawa perang yang dilancarkan pada 28 Februari telah pun berakhir.

Trump dan pentadbirannya dilihat sedang mencari jalan keluar daripada konflik yang kurang popular dalam kalangan rakyat Amerika Syarikat, selain turut memberi kesan kepada kenaikan harga petrol serta kos lain.

Pada Selasa, Trump mengumumkan penangguhan sementara operasi ketenteraan AS untuk mengiringi kapal komersial yang terkandas melalui Selat Hormuz.

Ia hanya sehari selepas ia dilaksanakan, dengan memetik peluang untuk memeterai perjanjian bagi menamatkan perang.

Beliau turut menyatakan sekatan Washington terhadap pelabuhan Iran akan terus berkuat kuasa, sementara Tehran didakwa masih menutup laluan perdagangan penting yang telah menggegarkan pasaran dan mendorong kenaikan harga bahan api.

Menurut Trump, keputusan menghentikan sementara operasi yang dikenali sebagai “Projek Kebebasan” itu dibuat atas permintaan pihak pengantara termasuk Pakistan, susulan dakwaan “kemajuan besar” ke arah perjanjian muktamad dengan Iran.

Sumber:AFP