Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Toyota Yaris Cross Rasmi di Malaysia
UMW Toyota hari ini melancarkan Toyota Yaris Cross di Malaysia dengan harga jualan rasmi RM99,900 untuk varian 1.5S dan RM109,900 varian 1.5S HEV.
Toyota Yaris Cross di Malaysia datang dengan dua varian iaitu 1.5S NA dan 1.5S HEV dan dibina menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA).
Seperti semua tahu, sebelum Yaris Cross rasmi di Malaysia, kembar seirasnya iaitu Perodua Traz terlebih dahulu rasmi dalam pasaran.
Cuma untuk mudah faham, Perodua Traz menawarkan versi spesifikasi rendah dan Yaris Cross menawarkan spesifikasi tinggi dan varian hibrid.
Berikut spesifikasi Toyota Yaris Cross di pasaran Malaysia:
Varian: 1.5S NA | 1.5S HEV
Kotak Gear: D-CVT | CVT
Kuasa: 106 PS | 91 PS
Power tailgate
Skrin Infotainment: 10.1 inci
6 beg udara
Sambungan: Apple Carplay & Android Auto
Pengecas telefon tanpa wayar
Toyota Safety Sense





Toyota Yaris Cross ini juga bakal menjadi pesaing baru di Malaysia bagi SUV segmen B yang lain seperti Proton X50, Chery Tiggo Cross dan Honda HR-V.
Dengan julat harga seperti itu, Yaris Cross dijangka bakal memberikan saingan sengit tambahan pula ia juga ditawarkan dalam varian hibrid.
Hanya Honda HR-V dan Tiggo Cross sahaja yang menawarkan varian hybrid untuk SUV segmen B.
Maklumat lanjut boleh layari laman web Toyota Malaysia.