Seorang pengguna Threads mencuri perhatian selepas berkongsi pengalaman menerima perkongsian fail melalui fungsi AirDrop bersama penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Menerusi hantaran di Threads, pengguna dengan nama akaun @awlnsa berseloroh bahawa pengalaman itu sudah cukup membuatkannya teruja sehingga boleh tidur lena pada malam berkenaan.

“Tokti pass minus one pun kita dah menggigil, boleh tidur lena malam ini,” tulisnya.
Hantaran itu turut memaparkan perkongsian AirDrop yang diterimanya bersama Siti Nurhaliza.
Meninjau ruangan komen, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna Threads yang turut meninggalkan komen berseloroh.
“Masyuk pengantin, bayar Tokti,” kata @haqeem.me.
“Ketua Menteri Melaka pun hebat,” kongsi @ejai_jamaluddin.
“Lepas ini kalau orang tanya apa kenangan paling best, saya pernah dapat AirDrop dengan Siti Nurhaliza,” seloroh @philosophy.190.
Seorang lagi pengguna, @heyshahrul, pula berkata dia pasti akan menyimpan kenangan itu jika berada dalam situasi sama.
“Ya Allah, kalau saya pun akan tangkap layar, cetak, letak dalam bingkai dan gantung di ruang tamu,” responsnya.
“Terima kasih, sekarang kita tahu Siti bawa Minus One dalam telefon,” kata @sxony.
Sementara itu, @zaidaelly turut bertanya sama ada kejadian tersebut berlaku di Puchong selepas memaklumkan dia melihat situasi berkenaan di Ampang pada pagi yang sama.

