Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tiga Pegawai TUDM, Tiga Individu Didakwa Edar Lebih 90 Kg Dadah di Pangkalan Udara

TUDM Edar Dadah Di Pangkalan Udara
SHAH ALAM, 27 Nov -- Tiga pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan tiga individu lain dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan mengedar lebih 90 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine pada 17 Nov lepas. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA Photographed By: MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT

SHAH ALAM, 27 Nov (Bernama) -- Tiga pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan tiga individu lain dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan mengedar lebih 90 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine pada 17 Nov lepas.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Tiga Pegawai TUDM, Tiga Individu Didakwa Edar Dadah Di Pangkalan Udara

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa secara bersama mengedar dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat 96.2 kg di Pangkalan Udara Subang pada malam 17 Nov.

Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang daripada 15 sebatan jika tidak dihukum dengan hukuman mati.

Prosiding di hadapan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazali Omar.

Peguam Arif Azmi, Muhammad Amin, Alif Ahmad Tarmizi dan Arif Rafin mewakili empat daripada tertuduh, manakala dua lagi tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 23 Feb tahun hadapan sebagai tarikh sebutan semula dan kesemua tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin.