Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Sejak semalam, tular di media sosial mengenai insiden malang yang menimpa pesilat elit negara, Muhammad Faizul M Nasir apabila mengalami kecederaan ketika berlawan dengan seorang pesilat tuan rumah, Dines Dumaan.
Pesilat elit negara, Muhammad Faizul M Nasir ditimpa malang selepas mengalami kecederaan ketika berlawan dengan seorang pesilat tuan rumah, Dines Dumaan pada pusingan kedua Kelas Putra B (50-55kg) di Pusat Konvensyen dan Pameran Teluk Subic.
Ketika perlawanan itu berlangsung, Faizul terjatuh di atas gelanggang daripada tindakan pesilat lawan yang dipercayai menyepak mukanya sehingga menyebabkan kecederaan. Disebabkan itu, Faizul tidak dapat meneruskan cabaran untuk mempertahankan emas yang telah dimenangi pada edisi yang lepas.
Ekoran kecederaannya, pesilat tuan rumah telah diberikan kemenangan. Walau bagaimanapun, perkara itu telah mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat Malaysia.
Menurut laporan Bernama, Datuk Megat Zulkarnain Omardin memaklumkan bahawa Muhammad Faizul telah dikejarkan ke Hospital Memorial James L. Gordon, dekat sini bagi rawatan lanjut.
Turut terkesan dengan insiden berkenaan, Syed Saddiq menerusi laman Twitter miliknya juga memaklumkan akan mengambil tindakan dan menghantar nota protes kepada pihak yang berkaitan.
Tambah Syed Saddiq, dia sedia maklum bahawa pesilat negara telah melakukan sedaya upaya untuk memenangi emas pada acara berkenaan. Tidak terkecuali, rakyat Malaysia turut berbangga dengan usaha pesilat negara yang bertungkus lumus menyertai cabaran Sukan Sea 2019 di Filipina itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong tindakan yang bakal diambil oleh Syed Saddiq bagi menuntut keadilan dan menghantar nota protes kepada pihak terbabit.






Sumber: Syed Saddiq