Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

SHAH ALAM, 21 Mei (Bernama) -- Tiada sebarang unsur jenayah dikesan setakat ini, dalam kejadian seorang pegawai kanan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor ditemukan maut, selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan di Seksyen 14 di sini, semalam.
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar mengesahkan perkara itu dan memaklumkan insiden berkenaan, bersifat kemalangan dan mangsa berpangkat ASP serta berusia 42 tahun itu dipercayai jatuh dari tingkat lapan sebuah bangunan.
Beliau berkata setakat ini, siasatan masih dijalankan di bawah mati mengejut (SDR) dan proses bedah siasat telah selesai dijalankan.
“Jenazah Allahyarham juga telah selesai dikebumikan di kampung halamannya di Kuantan, Pahang semalam,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Mes Pegawai Kanan IPK Selangor, hari ini.
Dalam pada itu, Shazeli turut menasihatkan orang awam tidak membuat sebarang spekulasi sehingga boleh mengaibkan Allahyarham dan juga keluarganya.
“Sekiranya (ada kenyataan) tidak benar dan ada berbau fitnah, laporan boleh dibuat dan tindakan siasatan akan dijalankan,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan seorang pegawai kanan Jabatan Siasatan Jenayah IPK Selangor ditemukan maut, selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan di Vista Alam, Seksyen 14, di sini awal pagi semalam.