Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tiada Laporan Kes Positif COVID-19 Libatkan Himpunan Besar-Besaran Mahkamah KL 2 Minggu Lepas Setakat Ini- KKM

Gambar: BERNAMA

PUTRAJAYA, 13 Ogos – Tiada laporan kes positif COVID-19 yang dikesan daripada perhimpunan besar-besaran di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada dua minggu lalu, setakat ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysian (KKM) menerusi kemas kini terkini di laman Twitter, hari ini.

Selain itu, KKM turut melaporkan sebanyak 15 kes baharu jangkitan COVID-19 direkodkan hari ini, 14 kes daripadanya melibatkan penularan tempatan.

Dalam masa sama, satu (1) kluster baharu juga dikesan di mukim Tawar, Kedah dengan mencatatkan sembilan (9) kes positif, berpunca daripada kes ke 9,113 yang mempunyai sejarah menghadiri upacara keagamaan mengingati kematian ahli keluarga.

Sumber: KKM