Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Terlalu Lama Depan Skrin? Kucing Oyen Ini Akan “Block” Akses Anda

Athirah
Kucing Oyen
Kredit: Cat Gatekeeper

Terlalu Lama Depan Skrin? Kucing Oyen Ini Akan “Block” Akses Anda

Dalam era digital hari ini, skrin sudah menjadi sebahagian besar daripada kehidupan harian kita.

Dari telefon pintar, komputer hingga televisyen, hampir semua perkara boleh dilakukan dengan hanya satu sentuhan jari.

Ia memang memudahkan, malah membuatkan hidup kita terasa lebih cepat dan efisien. Namun, perubahan ini juga membawa satu sisi yang sering kita terlepas pandang.

Tanpa disedari, kita boleh menjadi terlalu leka. Mata kita terus terpaku pada skrin, sama ada untuk bekerja, belajar atau sekadar menatal media sosial tanpa henti.

Lama-kelamaan, tabiat ini bukan sahaja mengurangkan masa rehat, malah boleh menjejaskan kesihatan mata, tumpuan dan kesejahteraan mental.

Kucing oyen ini akan ‘menghalang’ anda jika terlalu lama menghadap PC

Sambungan Chrome (Chrome extension) yang dikenali sebagai “Cat Gatekeeper” menawarkan penyelesaian kreatif dengan menghalang skrin pengguna menggunakan “autoriti kucing” apabila mereka menatal terlalu lama.

Apabila had masa penggunaan media sosial dicapai, seekor kucing gemuk berwarna oren akan muncul dan “menjaga” skrin anda sehingga anda berhenti seketika.

Difahamkan, sambungan ini secara automatik menyekat akses platform seperti Facebook, X dan YouTube selepas tempoh tertentu.

Orang ramai boleh mencuba sendiri sambungan ini secara percuma

Idea ini dilihat menarik kerana pendekatannya yang “rendah teknologi” dari segi konsep, di mana pengguna hanya perlu memasang sambungan tersebut, menetapkan pemasa, dan meneruskan aktiviti dalam talian seperti biasa.

Apabila tempoh masa yang ditetapkan tamat, seekor kucing jingga bersaiz besar yang penuh akan muncul di skrin dan duduk di hadapan paparan media sosial pengguna.

Lebih menarik lagi, tiada tetingkap pop-up, tiada statistik penggunaan, dan tiada mesej motivasi dipaparkan. Yang wujud hanyalah imej seekor kucing gebu yang kekal tidak berganjak, seolah-olah bertindak sebagai 'pengawal pintu' kepada dunia digital.

Cat Gatekeeper boleh didapati secara percuma di Chrome Web Store untuk pengguna yang ingin mencuba sendiri sambungan ini. Ia boleh diakses melalui pautan berikut https://chromewebstore.google.com/detail/cat-gatekeeper/elbikiflgfhjdjmficnigpeegjbhdidh