Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 62 kes pulih baharu direkodkan dan dibenarkan discaj hari ini.
Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif sembuh keseluruhan adalah 8,437 kes.
Ia bersamaan kadar peratusan semakin meningkat ke 97.6 peratus.
Manakala bagi kes kematian, tiada kes baharu dilaporkan, menjadikan angka kematian terus kekal 121 kes.
Sumber: KKM
