Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: 7 Kes Baharu COVID-19 Dilaporkan Hari Ini Termasuk 1 Kes Tempatan

Gambar Via Bernama

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di dalam Facebook miliknya memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 47 kes yang telah pulih dan discaj dari hospital pada hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif bagi kes pulih dan discaj adalah sebanyak 8,775 bersamaan dengan 96.8%.

Manakala, jumlah kes baharu Covid-19 yang dicatatkan pada hari ini adalah sebanyak 7 kes termasuk 1 kes tempatan. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 adalah sebanyak 9,080 kes dengan 170 kes aktif.

Daripada 7 kes baharu yang dilaporkan hari ini, terdapat enam kes import.

Baki lagi 1 kes pula ialah jangkitan tempatan yang melibatkan warganegara Malaysia, iaitu kes saringan di Negeri Sembilan

Tiada kes kematian dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal sebanyak 125 kes bersamaan 1.38%.

Sumber: Noor Hisham Abdullah