Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Terkenal Dengan Layanan Mesra Terhadap Jemaah Haji, Pramugara MAS Kini Dilapor Kritikal

Pramugara MAS
Kredit: Instagram Hafeez

Terkenal Dengan Layanan Mesra Terhadap Jemaah Haji, Pramugara MAS Kini Dilapor Kritikal

Ada kalanya orang yang selalu terlihat penuh dengan senyuman diraut wajah, sebenarnya sedang menyimpan seribu satu rahsia yang tak mampu diungkapkan.

Meskipun perit, namun mereka terus menjalani rutin harian seperti biasa, seolah-olah tiada apa yang berlaku, walaupun tubuh dan hati sedang berperang dengan ujian yang berat.

Jika berada di tempat mereka, mungkin kita juga bakal berbuat demikian, berpura-pura kuat kerana tidak mahu membebankan sesiapa.

Itulah situasi yang sedang dilalui oleh seorang pempengaruh pramugara Malaysia Airlines (MAS), Hafeez Albukhary Zulkefly ketika ini.

Terkenal dengan sikapnya yang ramah dan sentiasa mesra ketika menjalankan tugas khususnya jemaah Haji, keadaannya mengundang sebak warga maya yang tersentak dengan perkhabaran berkenaan.

Difahamkan, Hafeez kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas disahkan menghidap kanser kolon.

Perkembangan itu dimaklumkan sepupunya menerusi perkongsian di Threads @hani.mishan, yang memaklumkan bahawa beliau telah dibawa pulang ke kampung halamannya di Perak bagi menerima rawatan rapi dan bersama insan tersayang.

Hafeez sudah pulang ke kampung halaman

Nama Hafeez sebelum ini dikenali luas dalam kalangan pengguna media sosial sebagai seorang kru kabin yang sering berkongsi kisah kerjayanya di awan biru, termasuk pengalaman mengendalikan jemaah haji serta momen perjalanan ibadah di Tanah Suci.

Dengan jumlah pengikut yang ramai, beliau turut dikenali sebagai individu yang sering memberikan aura positif, menerusi personaliti yang ramah, layanan profesional ketika bertugas, serta perkongsian inspirasi yang dekat dengan kehidupan masyarakat.

"Tapi dia kuat, senyum berseri seperti biasa..."

Menerusi perkongsian seorang rakan di Threads, @_nuraini78_, perancangan untuk ke Taman Negara bersama rakan-rakan sebenarnya sudah lama diatur sejak tahun lalu, termasuk bersama Hafeez Albukhary.

Menurutnya, dia sempat menyerahkan sehelai T-shirt kepada Hafeez lebih awal ketika mereka sama-sama bertugas pada bulan Mei, meskipun ketika itu keadaan kesihatannya sudah mula kelihatan tidak begitu baik.

Namun begitu, Hafeez tetap menunjukkan sikap seperti biasa, tenang, kuat dan sentiasa tersenyum.

Sepanjang bertugas, dia masih menjalankan tanggungjawabnya dengan baik walaupun dipercayai sedang menahan kesakitan.

Rakannya turut berkongsi bahawa Hafeez tidak pernah menampakkan penderitaan yang dialami, sebaliknya terus kekal positif dan profesional ketika bekerja.

Dalam salah satu perbualan, Hafeez sempat memberitahu bahawa penerbangan itu mungkin merupakan “last flight” buat dirinya sebelum beliau mengambil cuti sakit panjang (MC).