Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Rakyat Malaysia ternyata kecewa apabila mengetahui keputusan perlawanan akhir di antara China dan Malaysia yang hanya seri 2 sama. Perkara itu ternyata membantutkan semangat penyokong yang mahu melihat pasukan tersebut ke pusingan akhir Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 tahun (B-23) di Bangkok tahun depan.
Seramai 20,000 penyokong memenuhi Stadium Shah Alam semalam menyaksikan gol pertama hasil kekhilafan pemain China, Yang Liyu apabila bola yang Muhammad Syahmi Safari terkena kakinya dan masuk ke gawang sendiri.

Memetik sumber dari Bernama, keputusan malam berakhir dengan menyaksikan Malaysia sebagai naib juara di peringkat kelayakan, berkongsi tujuh mata dengan China yang merupakan juara kumpulan dengan kelebihan perbezaan jaringan.
Nasib Malaysia kini bergantung kepada keputusan perlawanan akhir kumpulan lain pagi esok hanya kerana lima pasukan naib juara terbaik akan menyertai 11 pasukan lain.

Sementara itu, heboh diperkatakan di laman Twitter tentang perlawanan semalam. Hariamu Malaya turut memuatnaik hantaran di laman twitternya. ‘Kicauan’ itu telah mendapat lebih dari 2,200 ulang kicau dan pelbagai reaksi dari pengguna Twitter.
Namun dalam kesedihan itu, ramai yang yang memberi kata-kata semangat dan sokongan kepada pasukan berkenaan.






Malah, Ultras Malaya turut memuatnaik ‘kicauan’ dengan mengucapkan penghargaan di atas usaha Harimau Malaya.

Dalam laporan Bernama, Ketua Jurulatih Malaysia Datuk Ong Kim Swee mengakui ia adalah keputusan yang mengecewakan kerana pasukannya terlepas peluang keemasan untuk melangkah ke pusingan akhir secara automatik.

Manakala Guss Hiddink yang merupakan jururlatih China memuji kedua-dua pasukan kerana mempamerkan permainan yang bagus sehingga ke wisel penamat.
Sebagaimana yang saya katakan dahulu, Malaysia memiliki pasukan yang mempunyai individu dengan kemahiran yang bagus dan mereka tahu bagaimana untuk bermain dengan baik. Jadi, ia adalah permainan yang mencabar buat kami,’ katanya.
Sumber : Harimau Malaya & Ultras Malaya