Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Enam anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya ditemui selamat oleh kapal TLDM selepas terapung di perairan Laut China Selatan.
Menurut TLDM dalam satu kenyataan di laman Facebook, ia akibat tersasar dari posisi pendaratan semasa latihan penerjunan bebas.
Tambah TLDM, kesemua anggota yang ditemui selamat membuktikan keberkesanan latihan berterusan dan realistik PASKAL dalam mempersiapkan anggota menghadapi situasi luar jangka.
"Selain kemahiran tempur, latihan intensif ini terbukti memupuk ketahanan diri yang tinggi, disiplin, serta keupayaan ikhtiar hidup (survival) dalam situasi ekstrem selaras dengan slogan '𝗦𝗲𝗻𝘁𝗶𝗮𝘀𝗮 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗧𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸'." katanya
TLDM menegaskan komitmen berterusan untuk mengimbangi aspek kesiapsiagaan tempur dan keselamatan anggota demi memastikan kedaulatan perairan negara sentiasa terjamin.
Terdahulu, media melaporkan sekumpulan anggota TLDM dipercayai terbabit dalam satu insiden selepas menjalani latihan payung terjun di Laut China Selatan, semalam.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan