Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tegasnya Disalah Erti, Filem Raya Sedih Dari Kisah Benar, Ramai Tersentak Dengar Jawapan Ayah

syafiq halim
Filem Raya Sedih Dari Kisah Benar

Tegasnya Disalah Erti, Filem Raya Sedih Dari Kisah Benar, Ramai Tersentak Dengar Jawapan Ayah

Mungkin tidak semua, tapi kebiasaannya seorang ayah sangat terkenal dengan sifat yang tegas. Walau bagaimanapun, sifat itu bukanlah untuk dijadikan alasan untuk menghukum, tetapi lebih kepada mendidik anak-anak supaya tidak terkeluar dari landasan yang mereka telah tetapkan mengikut agama dan adab.

Mengikut kebiasaan juga, ayah mempunyai kasih sayang yang tinggi terhadap anak-anaknya, cuma sukar untuk ditonjol dan ditunjukkan. Ayah dilihat garang, tapi jauh disudut hatinya sangat berhati-hati dalam setiap ajaran dan didikan terhadap anaknya. Disebabkan situasi inilahnya, ketegasan ayah kerap disalah erti.

Sebagai contoh kisah benar yang ditonjolkan dalam satu video raya yang dihasilkan oleh OCBC, kasih seorang ayah yang dilihat tegas dan berpendirian diangkat sehingga menyentuh hati sesiapa yang menontonnya. Mana tidaknya, dalam video tersebut jelas memaparkan tegasnya seorang ayah dalam setiap hal sehingga anaknya menganggap setiap langkah diaturkan oleh ayahnya.

Malah, anaknya juga sempat persoalkan adakah cara pakai samping pun hendak ditentukan oleh seorang ayah. Namun, jawapan ayah ketika menjawab persoalan anaknya itu betul-betulkan buatkan hati yang menontonnya teringat akan ayah masing-masing.

“Tak kan cara pakai samping pun ayah nak tentukan…”

“Sebab ini sajalah masanya ayah boleh peluk anak ayah”

Kelihatannya seperti sekadar ayat mudah, tapi bila ia datang dari mulut seorang ayah, ia bagaikan datang dengan pelbagai rasa bercampur aduk, cuma sebak lebih menguasai hati.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat bahawa walaupun video ini ringkas, tapi sudah cukup untuk menyedarkan ramai orang tentang kasihnya ayah. Ada yang katakan video itu sudah berjaya buatkan dirinya menangis kerana rindukan atau inginkan pelukan ayah ketika menonton video itu.

Apa yang OCBC nak sampaikan?

Melalui video yang dihasilkan OCBC berdasarkan kisah benar ini, mesej yang ingin disampaikan adalah walaupun ada kemewahan yang dimilik, namun ianya tetap tidak dapat menandingi legasi yang diwariskan kepada generasi seorang ayah.

Musim raya ini boleh menjadi contoh yang mana legasi yang dibawa seorang ayah bukanlah untuk disia-siakan, tapi boleh menjadi bukti bahawa jati diri dalam seseorang itu terbentuk melalui perwatakan yang dilihat daripada ayahnya.

Kejayaan OCBC menerbitkan filem raya ini memberi impak yang sangat besar kepada penonton, jadi untuk korang menikmati pelbagai lagi mesej, boleh layari laman sosial OCBC di SINI.