Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Perkahwinan merupakan satu ikatan suci yang menyatukan dua hati dari latar yang berlainan. Di setiap negara, adat perkahwinan adalah berbeza namun bagi umat Islam, ia perlu selari dengan syariat yang telah ditetapkan.
Bercakap mengenainya, baru-baru ini satu perkahwinan mencuri tumpuan di Indonesia kerana mas kahwin yang diberikan oleh pihak lelaki.
Memetik portal Wolipop, ia bukan barang kemas atau sejumlah wang tunai yang lumayan. Sebaliknya pengantin perempuan mendapat ladang kelapa sawit sebagai mas kahwinnya.
Momen itu menjadi tular selepas dimuat naik oleh pemilik TikTok @wilkywindya.
Video tersebut menunjukkan pengantin perempuan sedang duduk di bilik berasingan semasa majlis perkahwinan.

"Apabila kesabaran dibalas dengan ladang kelapa sawit," tulisnya di kapsyen.
Dia kelihatan lega setelah mendengar akad nikah yang berjalan dengan lancar.
"Saya terima nikah dan kahwinnya Wilky Wijaya binti Gusman Setiawan dengan mas kahwin seperangkat alat solat, satu unit motosikal dan ladang sawit seluas 2.5 hektar dibayar tunai," ucap suaminya.
Di sebalik mas kahwin yang menarik perhatian ramai itu, tersimpan kisah perjuangan dan pembuktian cinta yang tidak mudah.
Wilky, 25, mendedahkan bahawa hubungan mereka mempunyai pasang surut sebelum akhirnya ke jenjang pelamin.

Dia mengakui bahawa pintu hatinya sebelum ini tertutup buat suaminya, Redho Abdul Mufli, 25, kerana kekecewaan pada masa lalu.
"Hubungan saya dengannya tidak mudah, sebab itu saya menulis kapsyen 'apabila kesabaran dibalas dengan ladang kelapa sawit'," katanya.
Menurutnya, perkahwinan itu diadakan mengikut adat resam Sunda di Dewan Masjid Annur di Desa Wanasari, Garut.