Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Taliban Benar AS Keluar Dari Afghanistan Selepas 31 Ogos

Gambar via Anadolu Agency

WASHINGTON, 26 Ogos (Bernama) – Taliban memberi jaminan, rakyat Amerika dan warga Afghanistan yang ingin meninggalkan negara tersebut boleh berbuat demikian walaupun selepas tempoh yang diberikan tamat, kata Setiausaha Negara Antony Blinken pada Rabu.

Tarikh akhir untuk tentera dan rakyat Amerika meninggalkan Aghanistan adalah pada 31 Ogos.

“Ini kerana usaha untuk membawa keluar rakyat Afghanistan tidak dapat dilakukan hingga 31 Ogos, kami sangat fokus dengan usaha membantu mereka yang ingin meninggalkan negara itu,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Blinken.

Blinken berkata Washington sepakat dengan bakal kerajaan Afghanistan di bawah pendekatan “points of incentive” dan “point of leverage” berhubung rakyat Afghanistan dan Amerika yang ingin meninggalkan negara itu.

Sumber: BERNAMA