Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pejam celik, Hari Raya Aidiladha kembali lagi. Pastinya ramai umat Islam mengambil peluang melaksanakan ibadah korban yang penuh makna pada tahun ini.
Jadi, sudah tentu ramai yang akan bergotong-royong untuk melapah daging, mengagihkannya dan membersihkannya.
Malah, mungkin stok daging di peti ais rumah masing-masing akan dipenuhi dengan daging korban.
Namun, menjadi satu kerisauan orang ramai sekiranya daging yang dikorbankan mempunyai bau yang kuat atau terlalu hamis.
Kadang-kadang, walaupun sudah dicuci berkali-kali dengan pelbagai cara, daging tersebut masih berbau hamis.
Justeru itu, hari ini SK artikel kali ini akan berkongsi tip menghilangkan bau hamis daging daripada salah seorang pengguna Threads @fa_east94.
Menerusi video yang dimuat naik olehnya, penerangan mengenai cara untuk menghilangkan bau hamis daging itu dilakukan Ustaz Halim.
Menurut perkongsian darinya, antara salah satu tip yang boleh digunakan untuk menghilangkan bau hamis daging adalah dengan cara membasuhnya dengan rempah daging.
Mula-mula, potong daging tersebut kepada saiz yang kecil mengikut kesesuaian yang anda inginkan. Kemudian, masukkan daging, air dan rempah daging dan gaul sebati.
"Tak payah masuk limau, tepung atau asam. Cukup pakai ni sahaja," kongsinya.
Masukkan sahaja daging, gaul dan biarkan dalam lima ke 10 minit. Selepas itu, anda boleh toskan daging tersebut.

Ujar Ustaz Halim lagi, daging ini tidak akan berbau hamis kerana darah daging tersebut akan terus cair dan hilang.
"Daging yang berbau bukan sebab orang tak pandai sembelih, tapi sebab cara kita proses tu yang tak betul," tambahnya.

Jadi, bila anda masak, daging tersebut tidak akan berbau hamis, sebaliknya akan ditutup dengan bau dari rempah tersebut.
Selepas itu, anda boleh masak daging tersebut mengikut selera anda.
Kongsinya lagi, cara ini boleh digunakan untuk daging lembu dan juga daging kambing.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat melakukan ibadah korban.