Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tahanan Lari: Seorang Berjaya Ditangkap, Lapan Masih Diburu

Gambar sekadar hiasan

Sandakan: Polis berjaya menahan seorang lelaki warga Filipina yang melarikan diri dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) Sibuga di sini pada awal pagi Rabu lepas, semalam.

Iklan

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu lelaki berumur 40 tahun itu ditahan di sebuah pondok tepi jalan di Km 27 Jalan Sandakan-Kota Kinabalu dekat sini kira-kira pukul 2.00 petang.

“Berlaku sedikit pergelutan sewaktu melaksanakan tangkapan itu, sehingga pihak polis terpaksa menggunakan kekerasan minimum untuk menangkapnya,” menurut kenyataan itu.

Polis sedang memburu lapan lagi tahanan yang masih bebas selepas melarikan diri dari PTS itu, dipercayai selepas merosakkan jeriji sebuah tingkap pada pukul 2.20 pagi ketika hujan lebat, dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai diminta menghubungi bilik gerakan IPD Sandakan dengan menelefon 089-212222 .

— BERNAMA