Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan sumbangan peribadi berjumlah RM500,000 kepada mangsa kebakaran di Kudat dan Sandakan, Sabah hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, Seri Paduka turut berkenan menyaksikan penyerahan sumbangan tersebut oleh Pemegang Amanah Urusan Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ), Tan Sri Avinderjit Singh kepada Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor dalam satu majlis di Istana Negara.
Sumbangan berkenaan disalurkan menerusi YSIJ bagi membantu meringankan beban lebih 1,000 mangsa yang terkesan akibat insiden kebakaran yang berlaku di kedua-dua daerah itu pada April lalu.
Terdahulu, kebakaran di Kampung Gumpa, Kudat pada 16 April lalu dilaporkan memusnahkan lapan buah rumah dan menjejaskan seramai 67 penduduk membabitkan 18 Ketua Isi Rumah (KIR).
Sementara itu, kejadian kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan pula disifatkan sebagai insiden berskala besar apabila 1,050 daripada 1,200 rumah musnah dalam kebakaran tersebut.
Kebakaran itu turut menjejaskan sekurang-kurangnya 914 Ketua Isi Rumah.
Dalam masa sama, Kerajaan Sabah menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah kini giat menyelaras bantuan kebajikan, bantuan kemanusiaan serta urusan penempatan semula bagi mangsa yang terlibat.